top of page

Perkhidmatan-perkhidmatan Penterjemahan Dalam Talian Yang Profesional

Malay

TranslationServices.com menyediakan terjemahan profesional dalam mana-mana bahasa, bagi mana-mana topik. Pasukan pakar kami telah menterjemahkan ribuan dokumen untuk pelanggan-pelanggan yang berpuas hati di Kuala Lumpur, George Town (di Pulau Pinang), Ipoh dan seluruh dunia. Sama ada anda perlu penterjemahan kepada atau daripada bahasa Melayu, Inggeris, Hindi, Sepanyol atau Cina, kami berjanji untuk menterjemahkan projek anda ke tahap tertinggi.


Hubungi kami untuk sebut harga.

 


Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang kami tawarkan?


TranslationServices.com menghasilkan terjemahan-terjemahan yang berkualiti tinggi untuk pelanggan-pelanggan daripada pelbagai latar belakang, daripada perniagaan-perniagaan, hingga pengarang-pengarang, hingga ahli-ahli akademik. Di samping menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan penterjemahan bagi bahasa Melayu, pasukan penterjemah kami yang mahir sering menterjemah lebih daripada 100 bahasa. Kami menawarkan:

 

  • Penterjemahan akademik. Kami boleh menterjemahkan sebarang topik daripada bahasa Melayu kepada Inggeris, bahasa Melayu kepada Jerman, bahasa Melayu kepada Jepun, dan banyak pasangan bahasa lain dengan harga yang berpatutan.

 

  • Penterjemahan perniagaan. Adakah anda perlu katalog diterjemahkan daripada bahasa Melayu kepada Inggeris atau bahasa lain? Kami menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan penterjemahan perniagaan bagi buku panduan sumber manusia, penerangan produk, serta isi kandungan perniagaan dan pemasaran yang lain.

 

  • Penterjemahan sastera. Bersedia untuk menambahkan bilangan pembaca antarabangsa anda? Kami telah menterjemahkan buku-buku daripada hampir setiap genre, daripada novel romantik, hingga manuskrip fiksyen sains, hingga memoir. Penterjemah-penterjemah sastera kami tidak menghasilkan terjemahan literal atau kata demi kata supaya mengekalkan nada dan gaya anda.

 

  • Penterjemahan perubatan. Kami tidak menyediakan terjemahan perubatan sendiri, tetapi kami bekerjasama dengan sebuah firma penterjemahan perubatan yang dapat menterjemahkan nota-nota, laporan-laporan perubatan, temu ramah pesakit dan dokumen-dokumen perubatan lain ke dalam atau daripada bahasa Melayu dengan cepat dan tepat.

 

  • Penterjemahan undang-undang. Kami bekerjasama dengan sebuah firma penterjemahan undang-undang yang mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk menterjemahkan surat niat, afidavit, surat ikatan, dasar privasi dan dokumentasi undang-undang lain. Rakan kongsi penterjemahan undang-undang kami sentiasa bersikap profesional dan menjaga kerahsiaan anda.

 

  • Penterjemahan yang diperakui. Pilih perkhidmatan ini jika anda memerlukan transkrip akademik, sijil perkahwinan atau perceraian atau dokumen penting lain diterjemahkan daripada bahasa Melayu demi urusan imigresen atau tujuan yang sama.

 

  • Penyetempatan. Ingin mengembangkan perniagaan anda ke pasaran asing? Kami boleh menyesuaikan isi kandungan anda mengikut negara-negara dan rantau-rantau tertentu.

 

  • Penterjemahan sari kata. Kami boleh menterjemahkan dialog bahasa Melayu dalam video anda dan menghasilkan sari kata dalam bahasa lain seperti bahasa Itali, Portugis atau Vietnam.

 

  • Penterjemahan am. Adakah anda hanya perlu dokumen bahasa Melayu diterjemahkan secepat mungkin? Kami menterjemahkan hampir segalanya dengan harga yang berpatutan dan tepat, jadi hubungilah kami untuk membincangkan keperluan penterjemahan bahasa Melayu anda.

 


Siapakah kami?


Penterjemah-penterjemah di TranslationServices.com merupakan profesional yang berkelayakan tinggi, dengan mempunyai pengalaman terbukti dan perhatian terhadap perincian yang luar biasa. Penterjemah-penterjemah bahasa Melayu kami mengkhusus dalam berbagai-bagai subjek, maknanya kami menugaskan setiap projek kepada ahli pasukan yang sesuai. Secara ringkasnya, kami menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan penterjemahan yang terbaik kepada warga di Kuala Lumpur, George Town (di Pulau Pinang), Ipoh dan tempat-tempat lain.

 


Mengapa bekerjasama dengan TranslationServices.com?

 

  • Kami menyediakan terjemahan perniagaan, akademik dan sastera yang tepat bagi sebarang subjek atau genre dengan harga yang berpatutan.

  • Kami menawarkan terjemahan manusia yang profesional dalam mana-mana bahasa, bagi mana-mana topik.

  • Tidak seperti perkhidmatan-perkhidmatan penterjemahan yang lain, kami tidak bergantung kepada terjemahan mesin; sebaliknya kami menugaskan setiap projek penterjemahan kepada ahli-ahli pasukan profesional kami.


Kami berbangga dengan standard kualiti tinggi yang dicapai oleh penterjemah-penterjemah profesional kami, dan kami menjamin kepuasan anda terhadap hasil kerja kami.


Hubungi kami untuk sebut harga.

bottom of page